Menuai hasil ubi kayu dilakukan dengan melonggarkan akar, menarik tumbuhan, mengeluarkan tanah dan memisahkan akar, dan memindahkannya ke dalam lori untuk penghantaran. Praktis konvensional ini adalah memakan masa dan tenaga serta memerlukan ramai pekerja dalam satu-satu masa. Penggunaan Penuai Ubi Kayu (Cassava Harvester) mampu menjimatkan penggunaan tenaga buruh dan memastikan kualiti ubi kayu yang lebih baik.