loader image
Close
  • Home
  • About Us
    • About Famox
    • Director’s Message
    • Our Story
    • Awards
    • Our Past Projects
  • What We Do
  • Products
  • Our Team
  • Media
  • Lot 1331, Kg. Sungai Batu, 08100 Merbok, Kedah
  • 011-1111 2911 / 012-588 2911
  • famox.malaysia@gmail.com
  • Home
  • About Us
    • About Famox
    • Director’s Message
    • Our Story
    • Awards
    • Our Past Projects
  • What We Do

      Famox Agropreneur Incubation & Training Hub (FAITH)

      Famox Group of Companies believe in creating opportunities and avenues for the younger generation to take up agriculture as a career / entrepreneur.

      Learn More

      Setting up Farm / Poultry / Dairy Projects

      Famox’s team of experienced experts will be able to assist with setting up of corn plantation, poultry as well as dairy farm from scratch

      Learn More

      Sales Of Agricultural Equipment / Machineries

      Famox believes in adopting technology to enhance productivity and reduce cost.

      Learn More

      Training & Consultancy

      We are a HRDCorp certified Training Provider and over the years, more than 250 individuals were trained by Famox.

      Learn More

  • Products
  • Our Team
  • Media
Contact Now!

WEB PAGE (ARTICLE)

Industri Jagung Bijirin Mampu Menjana Pendapatan Baharu

By dev-famo  Published On November 21, 2016

SUNGAI PETANI: Industri jagung bijirin mampu menjana pendapatan baharu kepada petani jika ia dihasilkan secara komersial.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata jika petani mampu menghasilkan 30 peratus daripada jagung bijirin untuk negara, ia mampu menjana pendapatan sekurangkurangnya RM1 bilion.

Menurutnya, ketika ini negara masih mengimport sepenuhnya bijirin sebanyak 4 juta tan metrik setahun dengan nilai RM3.1 bilion, untuk makanan ternakan terutama ayam.

“Sebab itu kita telah adakan beberapa projek perintis tanaman jagung bijirin ini iaitu di Kampung Dadong, Kemaman (Terengganu) dan di sini yang boleh menjadi penanda aras bagi penghasilan bijirin negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan di Projek Tanaman Jagung Bijirin, Kampung Sungai Batu, Mukim Bujang di sini, semalam.

“Pengeluaran secara domestik bukan setakat mengurangkan pengeluaran wang ke luar negara malah mewujudkan peluang perniagaan yang besar untuk pengusaha,” katanya yang menegaskan harga import bijirin adalah sekitar RM1,000 satu tan metrik.

Beliau berkata antara negeri yang boleh dijadikan kawasan tanaman jagung bijirin adalah Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak berikutan ia memerlukan tempat yang tidak basah dan tanah rata bagi memudahkan mesin menuai membuat tuaian.

Selain itu, katanya peruntukan yang diterima kementeriannya melalui Bajet 2017 juga sedikit sebanyak boleh diperuntukan untuk membeli peralatan canggih yang boleh digunakan untuk industri berkenaan.

“Apapun sekarang kita masih dalam projek perintis dan di peringkat mengumpul data untuk terus memperkembangkan industri ini yang kita jangka mengambil masa dalam tempoh lima tahun bagi proses selanjutnya,” katanya.

Ahmad Shabery berkata kementerian melihat keberkesanan tanaman jagung bijirin itu yang sebelum ini ramai berpendapat tidak sesuai untuk ditanam di negara ini.

“Ini sumber protein yang tinggi untuk makanan ayam dan jika dapat dihasilkan dalam negara, bijirin ini adalah lebih segar dan mampu mempercepatkan pembesaran ternakan.

“Selain bijirin, batang pokok ini juga boleh menghasilkan makanan untuk lembu dan teknik ini yang kita mahu pelajari,” katanya.

Sementara itu, pengusaha projek jagung bijirin, Ramana Naidu, 26, berkata tanah seluas lebih 36 hektar tersebut disewanya untuk mengusahakan tanaman berkenaan sejak beberapa bulan lalu yang mendapat bantuan sepenuhnya daripada Jabatan Pertanian.

Beliau berkata pada tahun hadapan sekurang-kurangnya 30 hektar lagi kawasan baharu akan diusahakannya dan berharap lebih ramai anak muda dapat bersamanya melalui konsep mentor mentee. — Bernama

URL: https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sarawak/20161121/282467118485470

Jagung 'awan biru'
Previous Article
Tanam Jagung Lagi Untung!
Next Article

Connect with us for more information & support

Get In Touch

Together We Grow

Famox Group of Business is one of the leading conglomerates with a combination of multiple business entities operating under one roof which mainly focuses on the agriculture sector in Malaysia – Plantation, Poultry, Dairy, Sales of Machineries & Equipment, Construction of high-tech facilities, Training & Consultation.

Our Businesses

Famox Agropreneur Incubation & Training Hub
Setting up Farm / Poultry / Dairy Projects
Sales Of Agricultural Equipment / Machineries
Training & Consultancy

Explore​

Home
About Us
Our Team
Contact Us

Contact Us

  • famox.malaysia@gmail.com
  • +6012-588 2911 / +6013-234 2911
  • Lot 1331, Kg. Sungai Batu, 08100 Merbok, Kedah
Twitter Linkedin Instagram Tiktok
Copyright © 2021 Famox  Powered by Meraaki Digital