loader image
Close
  • Home
  • About Us
    • About Famox
    • Director’s Message
    • Our Story
    • Awards
    • Our Past Projects
  • What We Do
  • Products
  • Our Team
  • Media
  • Lot 1331, Kg. Sungai Batu, 08100 Merbok, Kedah
  • 011-1111 2911 / 012-588 2911
  • famox.malaysia@gmail.com
  • Home
  • About Us
    • About Famox
    • Director’s Message
    • Our Story
    • Awards
    • Our Past Projects
  • What We Do

      Famox Agropreneur Incubation & Training Hub (FAITH)

      Famox Group of Companies believe in creating opportunities and avenues for the younger generation to take up agriculture as a career / entrepreneur.

      Learn More

      Setting up Farm / Poultry / Dairy Projects

      Famox’s team of experienced experts will be able to assist with setting up of corn plantation, poultry as well as dairy farm from scratch

      Learn More

      Sales Of Agricultural Equipment / Machineries

      Famox believes in adopting technology to enhance productivity and reduce cost.

      Learn More

      Training & Consultancy

      We are a HRDCorp certified Training Provider and over the years, more than 250 individuals were trained by Famox.

      Learn More

  • Products
  • Our Team
  • Media
Contact Now!
  • Home
  • About Us
    • About Famox
    • Director’s Message
    • Our Story
    • Awards
    • Our Past Projects
  • What We Do

      Famox Agropreneur Incubation & Training Hub (FAITH)

      Famox Group of Companies believe in creating opportunities and avenues for the younger generation to take up agriculture as a career / entrepreneur.

      Learn More

      Setting up Farm / Poultry / Dairy Projects

      Famox’s team of experienced experts will be able to assist with setting up of corn plantation, poultry as well as dairy farm from scratch

      Learn More

      Sales Of Agricultural Equipment / Machineries

      Famox believes in adopting technology to enhance productivity and reduce cost.

      Learn More

      Training & Consultancy

      We are a HRDCorp certified Training Provider and over the years, more than 250 individuals were trained by Famox.

      Learn More

  • Products
  • Our Team
  • Media
Contact Now!

WEB PAGE (ARTICLE)

Dulu Juruterbang, Kini Usahawan Tani

By dev-famo  Published On September 30, 2017

SERDANG: Siapa sangka seorang pemuda yang pada satu ketika terbang tinggi di langit biru kini mengerjakan tanah dan bergelar usahawan muda sektor pertanian.

Ramana K. Naidu, 27,  yang pernah menjadi juruterbang  berpangkalan di Bangkok, Thailand kini memandu jentera penuai  di ladang jagungnya yang berkeluasan hampir 60 hektar di Kuala Muda, Kedah.

Bercakap kepada Bernama di sini, anak muda itu berkata  beliau meninggalkan kerjaya sebagai juruterbang pada 2012 berikutan  krisis di negara jiran berkenaan dan melibatkan diri dalam sektor pertanian kerana minat.

Namun, perolehan pertama sebanyak RM14,000 hasil jualan kacang panjang menjadikannya semakin bersemangat dan mendorong anak jati Kedah itu  ke India, China dan Taiwan bagi mempelajari teknologi pertanian.

 
 

“Saya mula menggunakan teknologi seperti ‘corn planter’, ‘cultivator machine’ dan dron untuk membaja selain mencipta modul sendiri bagi meningkatkan kualiti hasil pertanian saya dan ia membuahkan hasil,” katanya yang merupakan antara peserta Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017  di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang di sini.

Menurut beliau  modulnya kini digunakan di beberapa negeri seperti Kelantan, Pahang, Johor dan negeri kelahirannya sendiri.

Ramana antara yang dipuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya semasa  merasmikan HPPNK2017 pada Khamis.

“Saya sangat gembira dan berasa dihargai ketika perdana menteri memuji saya. Saya rasa saya perlu lakukan lebih banyak lagi supaya terus jadi sumber inspirasi kepada golongan belia,” katanya yang kini mengusahakan projek jagung bijirin.

Ramana yang juga perunding Lembaga Pertubuhan Peladang, berkata projek  perintis tanaman jagung bijirinnya  memberi pulangan memuaskan memandangkan bahan itu yang digunakan sebagai makanan ayam mendapat permintaan tinggi dan buat masa ini kerajaan  membelanjakan kira-kira RM3.1 bilion untuk mengimport empat juta tan jagung bijirin setiap tahun.

Katanya usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memperluas tanaman jagung bijirin sebagai  makanan haiwan ternakan dalam usaha mengurangkan kebergantungan pada import membuka peluang besar kepada usahawan tani tempatan.

Beliau juga menyeru generasi muda agar tidak silu untuk menceburi bidang pertanian kerana sektor itu mampu menjana pendapatan yang tinggi.

Bertemakan ‘Makanan Kita, Masa Depan Kita’, HPPNK berlangsung selama empat hari sehingga esok, menampilkan 600 gerai pameran dan jualan selain himpunan pelbagai program dalam bidang pertanian dan agromakanan.

URL: https://www.mstar.com.my/niaga/2017/09/30/dulu-juruterbang


Ulaipaaluyarnthom-Mr.Ramana K.Naidu
Ulaipaaluyarnthom-Mr.Ramana K.Naidu
Previous Article
Pilot Jadi Petani
Next Article

Connect with us for more information & support

Get In Touch

Together We Grow

Famox Group of Business is one of the leading conglomerates with a combination of multiple business entities operating under one roof which mainly focuses on the agriculture sector in Malaysia – Plantation, Poultry, Dairy, Sales of Machineries & Equipment, Construction of high-tech facilities, Training & Consultation.

Our Businesses

Famox Agropreneur Incubation & Training Hub
Setting up Farm / Poultry / Dairy Projects
Sales Of Agricultural Equipment / Machineries
Training & Consultancy

Explore​

Home
About Us
Our Team
Contact Us

Contact Us

  • famox.malaysia@gmail.com
  • +6012-588 2911 / +6013-234 2911
  • Lot 1331, Kg. Sungai Batu, 08100 Merbok, Kedah
Twitter Linkedin Instagram Tiktok
Copyright © 2021 Famox  Powered by Meraaki Digital